Monday, 19 March 2012

IPhone 4:Gajet Terhangat!

Hai,semua!Entri kali ini saya akan kongsikan info tentang IPhone 4.Jom baca!



IPhone 4 ialah sebuah telefon pintar ternipis di dunia yang mampu menggegar dunia digital.Antara kelebihannya adalah:

1.Antara muka(interface)yang ringkas dan mudah serta sistem pengemudi(navigation)yang amat lancar.
2.Kuasa pemprosesan sistem-atas-cip Apple A4,beberapa aplikasi dapat diaktifkan pada satu-satu masa tanpa sebarang penurunan perstasi.Ini bermakna,semasa bermain permainan yang tersedia,pengguna juga dapat melayari Facebook dan menyemak peti e-mel.
3.Dengan kepadatan piksel(pixel)sebanyak 326 piksel per inci,ia menjadi telefon yang mempunyai resolusi tertinggi di dunia.
4.Paparan grafik IPhone 4 sangat jelas dan menawan,membuatkan sesetengah imej paparan seolah-olah `terkeluar' dari skrin.Apa yang menariknya,paparan grafiknya kekal berkualiti tinggi,tidak kira sudut pandang mata pengguna.
5.Dilengkapi dengan dua buah kamera,satu di hadapan dan satu lagi di bahagian belakang.Kamera hadapan dengan resolusi tiga mega piksel manakala kamera belakang pula lima megapiksel.Kedua-dua kamera berkuasa tinggi ini membolehkan pengguna IPphone 4 membuat panggilan video secara percuma menggunakan Wi-Fi,melalui perisian FaceTime.
6.Ada ratusan aplikasi percuma tersedia bagi dimuat turun dari Apps Store,termaksuklah pelbagai jenis perisian yang menarik serta permainan.Terdapat gyroscope tiga dimensi yang membuatkan sistem permainannnya berganda-ganda lebih hebat dan menghiburkan berbanding telefon-telefon lain.
7.Terdapat ribuan kulit(bumper) IPhone 4 yang cantik dan comel dijual di kedai-kedai.

Kelemahan IPhone 4:

1.Masalah penerimaan isyarat.Kadangkala,panggilan suara yang biasa tidak lancar dan kurang sempurna disebabkan masalah ini.
2.IPhone juga kurang daya tahan gegaran.Telefon ini akan rosak dan pecah sekiranya ia jatuh ke lantai sebanyak empat kali.

Fakta Menarik

-Bahagian hadapan dan belakang IPhone 4 dilapisi oleh kaca aluminosilicate,iaitu salah satu bahan yang ada pada helikopter dan keretapi berkelajuan tinggi.
-Saiz bagi setiap piksel pada paparan skrin IPhone 4 adalah 78 mikrometer,iaitu yang terkecil di dunia.
-Telefon bimbit lain hanya ada satu mikrofon,namun IPhone 4 ada dua mikrofon.
-Kamera IPhone 4 ada sejenis teknologi penderia yang membolehkan ia mengambil gambar yang cantik meskipun dalam suasana yang gelap dan suram.

Apa pendapat anda semua?

Salam Sayang,
Sazzy Nadia

No comments:

Post a Comment