Hai,semua!Entri kali ini saya akan kongsikan aktiviti saya pada hari semalam(Sabtu 17/03/12).Semalam,ibu dan ayah saya mengajak saya ke Matta fair di PWTC.Ibu dan ayah saya kata,di pameran itu banyak `sales' unutuk pergi bercuti.Kami pun masuklah kedalam pameran itu.Ini maklumatnya:
Bukan pameran itu sahaja yang dipamerkan,ada lagi pameran yang khas untuk remaja dan dewasa yang menitik beratkan soal kecantikan.Namanya`Lady Beautiful'.Ini maklumatnya tetapi saya tak ada yang 2012 punya jadi saya ambil yang tahun lepas punya.
Untung saya dan keluarga ke pameran itu.Kami dapat baucer kecantikan seperti melangsingkan badan,make-over,produk kecantikan secara PERCUMA!!!Memang seronok!!!Terlompat-lompat saya!Di pameran pelancongan itu,punyalah sesak dan banyak orang!Macam ni lah keadaan kami:
Huh....penat saya berhimpit dengan orang ramai.Kami pun dah merancang untuk bercuti di A'Famosa Resort pada bulan hadapan dan Langkawi pada cuti sekolah bulan Jun.Ok,nanti saya ceritakan tentang percutian saya di sana.Tunggu entri seterusnya!
Salam Sayang,
Sazzy Nadia
Sunday, 18 March 2012
Monday, 12 March 2012
Cuti Sekolah
Hai,semua!Dah lama saya tak update blog ini.Saya minta maaf banyak-banyak sebab saya tak bagitahu pun yang saya menghadapi Ujian Formatif 1 pada 6-8 Mac 2012 sebab saya terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran.Saya pun tak sempat nak membalas mesej-mesej di FB dan di CBox blog ini.Tapi,sekarang belum dapat keputusannya.Nanti kalau dah dapat,saya bagitahu keputusan saya ye.Ok,hari ini adalah hari ketiga cuti sekolah bermula.Mesti anda semua meluangkan masa bermain FB kan?Ok,apa kata kita berFB sambil mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah?Dengan cara itu,kita boleh menjimatkan banyak masa semasa cuti sekolah ni.Betul tak?Ok,saya dah penat menulis post ni.Nanti saya tulis lagi ye!Bye!
Saturday, 18 February 2012
Penghargaan
Hai,semua!Thanks sebab follow blog ni!Nanti saya tulis entri banyak-banyak tentang perbuatan harian saya ok!Kalau yang belum follow,follow cepat!!!Nanti add lah saya di Facebook:Sazzy Nadia.Anda juga boleh tweet di twitter:Sazzy Nadia.Bye!
Tuesday, 14 February 2012
Bersiar-siar di Marina Bay Sands
Hai,semua!Entri kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya di Marina Bay Sands.Mesti ramai yang dah pergi sana,kan?Semasa saya di sana,saya tak beli apa-apa pun.Barangnya sangat mahal!Orang yang kaya sahaja boleh shopping di sana.Harganya lagi top daripada Pavi.Nak tengok gambarnya?Ini dia:
Berseronok di Universal Studios
Hai,semua!Ok,entri kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya di Universal Studios.Ha,mesti korang semua dah pernah pergi sana,kan?Memang best,kalau yang belum pergi,cakap dengan makayah dan ajak diaorang pergi.Memang tiketnya mahal,tapi sangat berbaloi!nak tengok gambar saya di Universal Studios?Lihatlah di bawah ni!
Ok lah,saya nak rehat kejap.Nanti saya tulis lagi ye!Bye!
Ok lah,saya nak rehat kejap.Nanti saya tulis lagi ye!Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)










